Friday, October 29, 2010

...takrif kesihatan...


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

...takrif kebersihan...


Kebersihan adalah keadaan yang bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah, dan bau. Pada zaman moden ini, setelah Louis Pasteur menemui proses penularan penyakit atau infeksi yang disebabkan oleh mikrobakteria, kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria patogen, dan bahan kimia berbahaya.

Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan kesihatan yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak berbau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularnya kuman penyakit bagi diri sendiri mahu pun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.

Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan memakai air dan sejenis sabun detergen. Mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan produk kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegah penularan influenza dan batuk.

Kebersihan lingkungan adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja, dan berbagai sarana umum. Kebersihan tempat tinggal dilakukan dengan cara mengelap jendela dan perabot, menyapu lantai, mencuci peralatan masak dan peralatan makan, membersihkan bilik mandi dan jamban, serta membuang sampah. Kebersihan lingkungan dimulai dari menjaga kebersihan halaman dan, dan membersihkan jalan di depan rumah dari sampah.

Tingkat kebersihan berbeza-beza menurut tempat dan kegiatan yang dilakukan manusia. Kebersihan di rumah berbeza dengan kebersihan bilik bedah di hospital, sedangkan kebersihan di dapur berbeza dengan kebersihan di tempat awam.



...makanan seimbang...


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga

Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan

Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit

Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

...kemahiran belajar...


Tujuan Unit

Unit ini bertujuan untuk guru memahami kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri.

2. Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan?

2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar.

2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai apa yang telah diajar

2.3 Oleh yang demikian, guru harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar berikut semasa p&p:

i. Kemahiran dalam proses belajar
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

3. Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?

3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:

i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:

a. Pelajar anda boleh menerima dan ‘mendaftar’ data atau meklumat di mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.

b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga cara itu.

ii. Memahami apa yang diterima:

a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi

b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.

iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:

a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari

b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses mengingat ialah ulangan.

iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari

a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru.

b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang

3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus

i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.

3.3 Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.

4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan?

4.1 Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu.

4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas.

4.3 Guru harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak.

4.4 Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.

4.5 Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV.

4.6 Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.

5. Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan?

5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran perpustakaan.

5.2 Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.

5.3 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.

5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.

6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?

6.1 Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.

6.2 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:

i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:

Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau bertanya.

ii. mengumpulkan maklumat itu:

Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau internet.

iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan

7.1 Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran sseumur hidup.

7.2 Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.

7.3 Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):

i. Skim: Baca sepints lalu

Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.

ii. Question: Menyoal

Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.

iii. Read: Membaca

Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.

iv. Recite: Menyebut kembali

Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan

v. Review: Menyemak

Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan

8.1 Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota.

8.2 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat.

8.3 Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.

8.4 Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat nota.

8.5 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya.

8.6 Mencatan nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.

8.7 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.

8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:

i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.

ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.

iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.

8.9 Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, รน = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran

8.10 Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:

i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.

9. Kemahiran Memotivasi

9.1 Motivasi atau rangsangan adalah sangat penting untuk merangsang pelajar anda mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelesaikannya.

9.2 Guru haruslah merangsang pelajar anda kerapkali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi.

9.3 Guru boleh merangsang pelajar dengan dua cara am yang harus juga diketahui oleh mereka:

i. Motivasi Ekstrinsik:

Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, media massa

ii. Motivasi Instrinsik:

Pelajar merangsang diri.

9.3.1 Motivasi Ekstrinsik

i. Dalam merangsang secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan dua kaedah berikut:

bulletKaedah ganjaran
bulletKaedah hukuman

ii. Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif.

iii. Dalam kaedah ganjaran guru boleh menggunakan berbagai-bagai teknik yang dicadangkan di bawah secara kombinasi:

Memberi kasih sayang
Memuji
Memberi galakan
Menghaomati
Menanam minat
Sedia membantu dan bekerjasama
Sedia mendengar dan bersimpati
Berhemah tinggi
Menanam rasa yakin
Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca
Memberi cabaran
Memberi tugasan
Yang boleh diselesaikan
Memberi ganjaran atau hadiah
Menggunakan unsur-unsur agama
Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat
Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral
Berfikir secara positif
Memberi tanggungjawab tugas
Memberi bimbingan dan kaunseling

iv. Guru juga digalakkan mencipta lain-lain teknik dibawah kaedah ganjaran.

v. Kadangkala guru terpaksa menggunakan hukuman dan teknik dalam kaedah ini termasuk:

Tegas
Tegur
Disiplin
Marah
Denda

vi. Sekiranya guru terpaksa menggunakan suatu teknik dalam kaedah hukuman, guru harus juga menggunakan teknik dalam kaedah ganjaran.

vii. Contohnya, sekiranya guru terpaksa marah seorang pelajar yang sudah banyak kali tidak membuat kerja rumah kerana malas, guru harus juga memberi sebab-sebab, memberi tugas atau tinggungjawab yang ringan, memuji dan memberi kasih sayang.

viii. Guru harus mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif:

Memaki
Memalukan
Menakutkan
Mencederakan
Dera
Tidak mempeduli
Mengkritik sifat perbadi
Menghampakan

ix. Guru harus sentiasa sedar bahawa walaupun motif anda adalah untuk merangsang atau mendisiplinkan pelajar, guru mungkin boleh didakwa di mahkamah sekiranya guru mencederakan seseorang pelajar ataupun menggunakan dan menyebarkan pernyataan palsu yang memalukan atau menghampakan seseorang pelajar atau keluarganya.

9.3.2 Motivasi Intrinsik

i. Guru harus mengajar pelajar kaedah atau teknik merangsangkan diri kerana kemahiran ini adalahkemahiran seumur hidup untuk merangsang mereka belajar atau bertindak bagi mencapai sesuatu.

ii. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah berikut untuk merangsang diri:

bulletKaedah ganjaran
bulletKaedah hukuman

iii. Dalam kaedah ganjaran, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi yang akan memberi kesan baik untuk merangsang diri:

Ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain seperti guru, ibu bapa, rakan sebaya.
Ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan
Ingin mencapai cita-cita sebagai doktor, jurutera, peguam, juruterbang, atau pelajar terbaik.
Berasa yakin
Meminat diri
Menggunakan unsur-unsur agama
Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat
Mengamalkan nilai-nilai murni
Tidak berputus asa
Mencuba sehingga berjaya
Sedia menghadapi cabaran
Memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri apabila sudah berjaya seperti menonton TV, membelanjakandiri atau orang lain, atau berkelah
Menaakul dan meramal
Berfikir secara kritis dan kreatif
Bertanding dengan diri sendiri

iv. Guru juga menggalakkan pelajar mencipta dan menggunakan teknik lain yang berkesan untuk merangsang mereka.

v. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi:

bulletIngin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah, tegur, malu, denda, takut, atau dera.
bulletMendenda atau menghukuman diri: misalnya tidak menonton TV atau mengurangkan masa untuk menonton TV.

10. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan

10.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.

10.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.

10.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan

10.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza.

10.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:

i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:

Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.

ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.

iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran.

iv. Membuat bayangan atau visual:

a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.

b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.

v. Menyebut berulang kali:

a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan.

b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya.

vi. Menulis atau melakar semula:

a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.

b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan.

vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:

a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama.

b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama

viii. membuat kaitan:

a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat

b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep, atau carta.

c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim ‘BaFIA’ iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.

10.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi.

10.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

11. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan

11.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda mendapat markah yang lebih tinggi.

11.2 Guru harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk mengetahui:

i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.

11.3 Guru harus melatih pelajar sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam.

11.4 Dalam proses melatih pelajar:

i. Guru harus membimbingan pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.
ii. Kemudian, guru harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.

11.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif atau kedua-duanya.

11.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar boleh:

i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan

11.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:

i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.

12. Rumusan

12.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda.

12.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:

i. Kemahiran dalam proses belajar:

Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi

ii. Kemahiran menguruskan masa:

Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.

iii. Kemahiran perpustakaan:

Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.

iv. Kemahiran meperoleh maklumat:

Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat.

v. Kemahiran membaca:

SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak.

vi. Kemahiran membuat nota:

Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.

vii. Kemihiran memotivasi:

Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukum.

viii. Kemahiran mengingat:

Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.

ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

12.3 Guru harus mengembangkan kemahiran belajar itu semasa p&p