Wednesday, October 27, 2010

Program Mengejar Pelangi Impian....



Program Mengejar Pelangi Impian ini merupakan satu program yang bertujuan memberi motivasi dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan akademik. Program ini dijalankan pada 06 Ogos hingga 08 Ogos di Melaka.



Program 3 hari 2 malam ini meliputi pelbagai aktiviti yang menarik dan pada masa yang sama memberi input kepada para pelajar. Seramai 12 orang fasilitator telah bekerjasama bagi menjayakan program ini. Antara aktivti yang dijalankan ialah ice breaking, ceramah dan sebagainya yang bertujuan untuk memotivasikan pelajar.

(persediaan sebelum program)

Gambar- gambar aktivti yang dijalankan :


Program ini memberi pelbagai manfaat kepada kami sebagai bakal kaunselor di mana ia merupakan satu pendedahan awal kepada kami tentang cara melaksanakan sesuatu program apabila mendapat posting. Selai itu, saya berasa sangat seronok sepanjang menjalankan program ini dan merupakan satu kenangan atau pengalaman yang sangat berharga.